Berjalan di muka bumi Allah ibarat seorang pengembara.Begitulah hakikatnya kita sebagai hamba Allah.Dalam perjalanan menuju destinasi,pengembara haruslah membawa bekalan yang cukup.Kenderaannya haruslah sentiasa diservis supaya perjalannya mudah dan lancar.Kenderaan yang dimaksudkan di sini ialah IMAN.Sebagai seorang hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas dari dosa,iman kita akan turun naik.Oleh itu,iman kita haruslah sentiasa diupgrade dengan amalan-amalan sunat seperti solat,membaca al-Quran dan sebagainya.
Apakah tujuan utama kita dijadikan?Ini telah dijawab dalam ayat al-Quran surah az-zariat yang bermaksud:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat".
( Surah az-Zariat : 56 )
Manusia dijadikan beribadat kepada Allah dan juga sebagai khalifah di muka bumi ini.
Namun begitu,syaitan sentiasa ada untuk menghasut manusia supaya ingkar kepada suruhan Allah.Yang kuat akan menang,manakala yang lemah akan kalah dengan hasutan syaitan.
Manusia merupakan khalifah di muka bumi ini,namun manusia jugalah yang akan membuat kerosakan di muka bumi Allah ini.Di sinilah bermula episod perjuangan hamba-hamba-Nya untuk mengajak manusia-manusia yang ingkar kembali kepada Allah.Perjuangan ini tidak menjanjikan jalan yang mudah.Jalannya penuh liku.Jalannya tidak ditaburi dengan dengan bunga-bungaan tetapi duri-duri yang tajam.Tapi,begitu hebat mereka yang berada di jalan perjuangan ini.Walaupun berkali-kali terjatuh dan sakit,namun mereka tetap teguh berada di jalan perjuangan kerana Allah sentiasa di hati mereka.Dan Allah lah tujuan utama mereka.Mereka yakin dengan janji Allah.Dan orang-orang yang berada di jalan perjuangan ini tidak sama seperti mereka yang hanya duduk beribadat sepanjang hari dan tidak ikut berjuang.
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;"
An-Nisaa' , 95
Oleh itu,bersyukurlah dan bergembiralah jika kita berada di jalan perjuangan.Sesungguhnya janji Allah itu pasti.Selamat berjuang sahabat-sahabatku.
Semoga kita tetap di jalan-Nya. :)
0 comments:
Post a Comment