Tuesday, June 22, 2010
"Saya maafkannya..." -Kebolehan Dalam Memberi Kemaafan
Imam Ahmad meriwayatkan,bahawa diceritakan oleh Yunus Ibn Abi Ishaq daripada Abis Safir:
Seorang lelaki daripada kaum Quraisy telah mematahkan gigi seorang lelaki daripada kaum Ansar lalu dia meminta pertolongan Mu'awiyah:"Baiklah!Kita akan memberi ganti rugi kepadanya."
Tetapi lelaki itu terus mendesak lalu Mu'awiyah berkata:"Hak engkau tetap pada sahabat engkau ini."
Abu al-Darda' sedang duduk pada waktu itu lalu dia berkata:"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Mana-mana orang Islam yang dicederakan sesuatu anggota daripada badannya lalu dia melepaskan hak qisasnya,nescaya Allah angkatkannya dengan pelepasan itu ke satu darjat atau menggugurkan dengan pelepasan itu satu kesalahannya."
Setelah mendengar hadis ini lelaki Ansar itu berkata:
"Saya maafkannya."
Demikianlah lelaki itu telah menikmati kepuasan hati dan rasa senang yang tidak dapat dicapai dengan bayaran ganti rugi yang dibayangkan oleh Mu'awiyah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment