Saturday, May 22, 2010
Ilmu Ikhlas...
"Mari kuajarkan kamu tentang ikhlas,"kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah,bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?"soal anak muridnya,seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui
jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum.Isi sampai penuh karung guni tu."
Sampai di pasar,mereka berdua tidak membeli apa-apa.Berlegar-legar,melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tuan guru,kita tidak beli apa-apa?"
"Tidak.Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya,ya..."kata si murid,agak kelelahan.
"Banyak beli barang,"tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.
"Wah,tentu mereka berdua ni orang kaya!Banyak sungguh barang yang mereka beli,"kata seseorang.
"Agaknya,mereka hendak buat kenduri besar kot,kata yang lain pula.
Sebaik mereka kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi."Oh,letih sungguh...apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni tuan guru?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh,kalau begitu letih sahajalah saya,"balas anak murid.
"Letih memang letih,tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"Si murid kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya,batu-batu itu umpama amalan yang riak.Tidak ikhlas.Orang memujinya seperti oarng-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.Tapi,kamu sendiri tahu itu ukan barang makanan atau keperluan,tetapi hanya batu-batu."
"Ya,hanya berat sahaja yang ditanggung.Dipuji orang,tetapi tidak dapat nilainya di sisi Allah.Yang kamu dapat,hanya penat."
"Ya,sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"ujar sang murid.
Pengajaran:Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian.Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia dan di akhirat.
~ikhlas2 kan diri kita dlm beramal...=)~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment