Tuesday, January 31, 2012
Ya Allah... aku jatuh cinta
Cinta adalah kurniaan dari Allah.Cinta bukan untuk dibunuh tapi diurus.Cinta itu fitrah,jadi jangan jadikannya fitnah.
p/s: Aku ingin sekali menjaga dan menyimpan cintaku ini hanya untuk yang halal bagiku nanti,zauj ku.Tidak kudamba seseorang yang punya kekayaan,pangkat dan kedudukan.Kerna hanya agama yang akan menjamin bahagia di dunia dan akhirat kelak.Kudamba 'putera agama' yang akan memimpin tanganku menuju syurga abadi.Aku masih menanti.Dan terus menanti saat kami dipertemukan.Siapa dia.Dimana dia.Aku tidak pernah tahu.Cuma kupinta untuk menjadi yang terbaik buatnya kelak. :)
mood: waiting
Labels:
bila hati bicara,
cinta,
jodoh
Thursday, January 19, 2012
Perjuangan
Berjalan di muka bumi Allah ibarat seorang pengembara.Begitulah hakikatnya kita sebagai hamba Allah.Dalam perjalanan menuju destinasi,pengembara haruslah membawa bekalan yang cukup.Kenderaannya haruslah sentiasa diservis supaya perjalannya mudah dan lancar.Kenderaan yang dimaksudkan di sini ialah IMAN.Sebagai seorang hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas dari dosa,iman kita akan turun naik.Oleh itu,iman kita haruslah sentiasa diupgrade dengan amalan-amalan sunat seperti solat,membaca al-Quran dan sebagainya.
Apakah tujuan utama kita dijadikan?Ini telah dijawab dalam ayat al-Quran surah az-zariat yang bermaksud:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat".
( Surah az-Zariat : 56 )
Manusia dijadikan beribadat kepada Allah dan juga sebagai khalifah di muka bumi ini.
Namun begitu,syaitan sentiasa ada untuk menghasut manusia supaya ingkar kepada suruhan Allah.Yang kuat akan menang,manakala yang lemah akan kalah dengan hasutan syaitan.
Manusia merupakan khalifah di muka bumi ini,namun manusia jugalah yang akan membuat kerosakan di muka bumi Allah ini.Di sinilah bermula episod perjuangan hamba-hamba-Nya untuk mengajak manusia-manusia yang ingkar kembali kepada Allah.Perjuangan ini tidak menjanjikan jalan yang mudah.Jalannya penuh liku.Jalannya tidak ditaburi dengan dengan bunga-bungaan tetapi duri-duri yang tajam.Tapi,begitu hebat mereka yang berada di jalan perjuangan ini.Walaupun berkali-kali terjatuh dan sakit,namun mereka tetap teguh berada di jalan perjuangan kerana Allah sentiasa di hati mereka.Dan Allah lah tujuan utama mereka.Mereka yakin dengan janji Allah.Dan orang-orang yang berada di jalan perjuangan ini tidak sama seperti mereka yang hanya duduk beribadat sepanjang hari dan tidak ikut berjuang.
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;"
An-Nisaa' , 95
Oleh itu,bersyukurlah dan bergembiralah jika kita berada di jalan perjuangan.Sesungguhnya janji Allah itu pasti.Selamat berjuang sahabat-sahabatku.
Semoga kita tetap di jalan-Nya. :)
Labels:
perjuangan,
sahabat
Wednesday, January 18, 2012
I Believe
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
P/s: Buat sahabat2 yg sedang menghadapi ujian yg berat,percayalah bhw Allah sentiasa ada di sisimu.Juga peringatan buat diri ana,hamba Allah yg lemah ini.Smoga antum/antumna sentiasa kuat dan tabah.
Labels:
coretan hati,
sahabat
Sunday, January 8, 2012
Sebuah Perjalanan
Langkah kakiku kian perlahan
Perjalanan yang kutempuh begitu melelahkan
Tatkala kakiku melangkah
Ada duri tajam yang menikam
Ah...sakitnya tak tertahan
Ku ubat luka dengan penawar kesabaran
Namun,kadangkala airmata ku tumpah jua
Walau sekuat mana ku cuba bertahan
Aku tak mampu lagi...
Lantas ku titipkan ayat-ayat cinta buat sang Pemilik Cinta
Dalam esak tangis kuadukan segala
Aku yakin
Tiada yang mampu memberiku kekuatan selain Dia
Dan aku yakin sinar bahagia pasti tiba
Di perjalanan ini
Aku mohon dititipkan kekuatan
Untukku terus melangkah walaupun perlahan
Kerna perjalananku masih jauh....
Labels:
bicara hati,
perjalanan
Monday, March 28, 2011
Nota Cinta BuatMu
Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.
Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,
Labels:
bila hati bicara
Wednesday, March 9, 2011
Waktu-waktu Mustajab Berdoa
1.Ketika hujan
2.Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
3.Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang),ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan."(hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar)
4.Waktu antara azan dan iqamat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat."( Riwayat al-Tirmizi)
5.Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.Ketika sujud dalam solat.
7.Ketika khatam al-Quran (30 juzuk)
8.Sepanjang malam,terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
9.Sepanjang hari Jumaat.
10.Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah(saat diperkenankan doa)yakni
antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
11.Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
Labels:
doa
Thursday, February 17, 2011
Segenggam Tabah
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
~Ya Allah..berikanku kekuatan..~
Labels:
bila hati bicara,
lirik,
nasyid,
tabah
Subscribe to:
Posts (Atom)