skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
nur
pahang, Malaysia
Allah adalah tujuanku. Rasulullah teladanku. Al-Quran pedoman hidupku. Jihad adalah jalan juangku. Mati di jalan Allah adalah cita2 tertinggiku.
View my complete profile

Post

  • ► 2012 (4)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (5)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
    • ► January (1)
  • ▼ 2010 (34)
    • ► November (1)
    • ► October (1)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (10)
    • ► May (9)
    • ▼ April (7)
      • Apa Gunanya Iman Sekiranya Tidak Diuji..
      • Hati Kita Keras...
      • 99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman...
      • Buatmu Muslimah..Jadikanlah Dia Contoh..
      • Duhai Mujahid Bergelar Hamba
      • Manisnya Taubat....
      • Solat Yang Ditolak Allah....
  • ► 2009 (1)
    • ► April (1)

Yang Dihargai

My Blog List

  • ~ainulMardhiahFisabilillah~
    Ke Korea Kita (4)...part 1
    7 years ago
  • ❤!bt!sam❤
    8 years ago
  • coretan fisabilillah
    4 Gambar Sekolah Dulu-dulu
    8 years ago
  • Mawaddah Islamiah
    Save GAZA !! FREE PALESTINE !!
    12 years ago
  • ana muslimah
    Ramadan is leaving
    12 years ago
  • PrInCeSs MuSLiMaH
    AnTaRa 2 PilIhAn.....
    14 years ago
  • SYMBOLIC SELF

Menarik

  • Saifulislam.Com
    Perbandingan tentang Pembiayaan dan Tadbir Urus Sekolah: Finland dan Ireland
    2 weeks ago
  • Blog Peribadirasulullah
    SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA DI SABAH!
    6 years ago

Khusyuk Solat

1.Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan Allah.
2.Fahami makna bacaan al-Quran.
3.Fahami makna zikir dan selawat.
4.Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud.
5.Tidak "bermain-main" dengan anggota badan ataupun
meliarkan mata.
6.Memandang ke tempat sujud.
7.Jauhkan diri daripada perkara/alat/suasana yang boleh
mengusik/menarik perhatian.

RENUNGAN

ILMU itu lebih baik daripada harta.ILMU menjaga engkau dan engkau menjaga harta.ILMU itu penghukum(hakim) dan harta terhukum.Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ILMU bertambah bila dibelanjakan.
-SAIDINA ALI BIN ABI TALIB-

10 wasiat Hassan Al-Banna

1.Segeralah tunaikan solat
2.Bacalah al-Quran
3.Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha
4.Janganlah saudara banyakkan perdebatan
5.Janganlah banyak ketawa
6.Saudara jangan bergurau
7.Jangan mengangkat suaramu lebih dari yang diperlukan oleh pendengar

8.Saudara jangan mengumpat
9.Berkenalan dengan orang yang saudara temui
10.Kewajipan lebih banyak dari waktu

CELAAN ITU UBAT,PUJIAN ITU RACUN

Imam al-Ghazali dalam Ihya 'Ulum al-Din berkata, "Sering kali manfaat yang kita dapat daripada celaan orang memusuhi kita lebih banyak daripada manfaat yang kita dapat daripada teman-teman yang selalu memuji kita."

Categories

  • akhirat (2)
  • as-salafus soleh (1)
  • bicara hati (1)
  • bila hati bicara (4)
  • cinta (3)
  • coretan hati (1)
  • doa (4)
  • dunia (2)
  • ganjaran (1)
  • hati (1)
  • hidayah (2)
  • hidup (1)
  • hijab (1)
  • iblis (1)
  • iman (2)
  • istighfar (1)
  • jodoh (1)
  • lirik (1)
  • maaf (1)
  • malaikat (1)
  • muhasabah (3)
  • mujahadah (1)
  • musafir (1)
  • muslimah (4)
  • nafsu (1)
  • nasyid (1)
  • perjalanan (1)
  • perjuangan (1)
  • Qisas (1)
  • rejab (1)
  • sahabat (4)
  • solat (2)
  • sujud (1)
  • sunnah (1)
  • syaitan (1)
  • syirik (1)
  • tabah (1)

"Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam perjuangan mempertahan Islam),dan janganlah kamu berduka cita(terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan)jika kamu orang-orang yang(sungguh-sungguh)beriman." (Ali Imran:139)

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-quran.Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga,berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru..."

Sedarlah temanku, Kita musafir di dunia, Kita akan pulang kepada-Nya, Hidup di dunia akan ditanya, Adakah diisi dengan sebaiknya, Atau keseronokan semata-mata? Mahukah kita hidup terhina? Tanpa ilmu sebagai bekalnya, Kelak di sana rendah darjatnya. "Allah akan mengangkat darjat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat." (Surah al-Mujadilah:11)

Jabri Ibn Samurah r.a. meriwayatkan,"Saya melihat Rasulullah s.a.w. pada suatu malam yang terang benderang oleh cahaya bulan.Baginda mengenakan baju berwarna merah.Saya menatap baginda dan memandang hulan.Sunggguh menurutku baginda lebih indah daripada bulan." (Riwayat al-Tirmizi,al-Darimi,Abu Syaikh,al-Hakim dan al-Tabrani

Syurga Itu Manis... Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan.Biarlah menangis,terluka,kecewa kerana ditinggalakan kerana ALLAH.Daripada mati terkambus tanpa mujahadah.Kita tak sanggup selamanya terluka,tapi ingatlah !Setiap titisan darah dari luka dan air mata,itulah mahar kita ke syurga.Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit?Jawabnya kerana syurga itu manis.Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNYA...

Firman Allah: "Kalau Quran Kami turunkan kepada sebuah gunung,sudah tentu engkau akan melihat gunung itu tunduk dan terpecah belah kerana takutnya kepada Allah.Itulah perumpamaan yang Kami buat untuk manusia,supaya mereka dapat memikirkan." (Al-Hasyr:21)

Mujahadah itu perlu

Mujahadah itu perlu
Hati yang sabar, dalam jiwa nya ada taqwa, hati yang sabar, dalam fikirannya mengingati Allah yang Esa, apa-apa pun yang berlaku, mujahadah itu perlu! sabar ya qalbi!

Zikrullah

Zikrullah
Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang

The secret of success is just two words, 'TRY HARDER'. Ketika orang lain sudah berputus asa kita usaha lebih lagi.Ketika kita sendiri pun hampir berputus asa,kita kuatkan usaha lagi-itulah rahsia kejayaan (^^)

Tunjukkan Kami Jalan Lurus

Tunjukkan Kami Jalan Lurus
Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya,bukan jalan mereka yang dimurkai,dan bukan pula jalan mereka yang sesat (Al-fatihah 6-7)

Umpama Utrujjah Dan Kurma

Umpama Utrujjah Dan Kurma
Daripada Abi Musa al-Asy'ari,beliau berkata,Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti utrujjah,rasanya enak,baunya harum.Manakala perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma,meskipun rasanya sedap tetapi tiada baunya." (Riwayat al-Bukhari)

Blog Archive

  • ►  2012 (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (5)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (34)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (10)
    • ►  May (9)
    • ▼  April (7)
      • Apa Gunanya Iman Sekiranya Tidak Diuji..
      • Hati Kita Keras...
      • 99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman...
      • Buatmu Muslimah..Jadikanlah Dia Contoh..
      • Duhai Mujahid Bergelar Hamba
      • Manisnya Taubat....
      • Solat Yang Ditolak Allah....
  • ►  2009 (1)
    • ►  April (1)

LOVE ALLAH

LOVE ALLAH
To love someone is nothing,to be loved by someone is nothing,to be loved by someone we love is exciting,but to be loved by ALLAH is everything in life

"Ada di antara hamba-hambaKu yang mendekati-Ku dengan amalan-amalan sunat hingga matanya adalah mataKu yang melihat..." (Riwayat al-Bukhari)

"Dan mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk (iaitu)mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada tuhannya." (Al-Baqarah 45-46)

Menuntut ilmu merupakan satu ibadah.Jadi tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.Orang yang berilmu itu tinggi darjatnya. (^_^)


"Dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan Kami (Allah) nescaya Kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan Kami." (Surah al-Ankabut 69:29)



Jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi.Jika tidak,cukuplah jadi rumput...tapi biarlah rumput yang paling HIJAU di muka bumi.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Bersujud dan dekatkanlah dirimu." (Al-Alaq:19)

only Him

only Him

ziarah2


ShoutMix chat widget

NAFSU

NAFSU
Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai.Apabila sesuatu itu sangat kita cintai,kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik.Malah,kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai.

Yang Lebih Baik

Yang Lebih Baik
"Apa sahaja yang diberikan kepada kamu,maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya yang sementara;sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal .Maka apakah kamu tidak memahaminya?" (surah al-Qasas:60)

Senyum (^___^)

Senyum (^___^)
Senyumlah.Senyum merupakan satu sedekah yang paling mudah.

singgah

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

ziarah



~ I LoVe ALLAH ~ (^^)


Rela aku pendamkan impian yang tersimpan.. enggan ku keasyikan..gusar keindahannya merampas rasa cinta pada Dia yang lebih sempurna..

Pelangi Selepas Hujan

Pelangi Selepas Hujan
Allah hadirkan kesusahan bersama kesenangan.Akan ada kebahagiaan selepas kesedihan.Fikirkan hikmah di sebalik ujian.
iluvislam
Powered by Blogger.

.:. nur fisabilillah .:.

Hasbunallah Wani'mal Wakil

Monday, April 26, 2010

Apa Gunanya Iman Sekiranya Tidak Diuji..





Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.


Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.


Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).


Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.


As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.


As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.


As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.


Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :

Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.
Posted by nur at 3:40 PM 0 comments

Hati Kita Keras...


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.


Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.


Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)


2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)


3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat


Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.


4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
Posted by nur at 3:16 PM 0 comments

Wednesday, April 21, 2010

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman...


1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin 52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga 53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan 54. Hormatilah kepada guru dan ulama 55. Sering-sering berselawat kepada nabi 56. Cintai keluarga Nabi saw 57. Jangan terlalu banyak hutang 58. Jangan terlampau mudah berjanji 59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara 60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah. 61. Bergaullah dengan orang-orang soleh 62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar 63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu 64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita 65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi 66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya 67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita 68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan 70. Jangan melukakan hati orang lain 71. Jangan membiasakan diri berkata dusta 72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian 73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab 74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan 75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 76. Jangan membuka aib orang lain 77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita 78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana 79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan 80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya 81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara 82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain 83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa 85. Hargai prestasi dan pemberian orang 86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan 88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita 89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu 90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana 91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita 92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina 93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya 94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban 95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan 96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri 97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan 98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan 99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Posted by nur at 11:06 AM 0 comments

Buatmu Muslimah..Jadikanlah Dia Contoh..



Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut. Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.

Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki. Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW. Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini? Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."
Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijah, isterinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini? Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.


Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.


Posted by nur at 10:45 AM 0 comments

Tuesday, April 20, 2010

Duhai Mujahid Bergelar Hamba




Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang,
Hidup ini tidak selalu senang...

Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...

Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan...

DIA maha mengetahui segalanya,
DIA arif tentang ciptaanNya...

Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...

Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia,
Laluilah segala dugaan dariNya...

Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran,
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...

Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah,
Usah gentar,
Usah gusar,
Usah sedih,
Usah menangis,
Usah kecewa,
Usah terkesima...

Berjalanlah di bumi ini,
Dengan keyakinan yang mantap.

Bergeraklah di bumi ini,
Dengan keimanan yang kuat.

Berlarilah di bumi ini,
Dengan ketaqwaan yang sebenar.

Jangan!
Jangan ditangisi apa yang terjadi.

Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.

Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa.

Duhai pejuang,
Bergembiralah dengan setiap dugaan.

Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.

Posted by nur at 10:40 AM 0 comments

Manisnya Taubat....



Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

Jawab mereka,
"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..
alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"


"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"

"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat.

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS.

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,
"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".


Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh,
bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..
Posted by nur at 9:57 AM 0 comments

Solat Yang Ditolak Allah....


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah s.a.aw. juga telah bersabda yang bermaksud :"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1.Orang lelaki yang solat tanpa membaca sesuatu. 2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3.Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya(taubat). 4.Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 5.Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 6.Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 7.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 8.Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 9.Orang yang suka makan riba. 10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar,maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
Posted by nur at 9:37 AM 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod